![]() |
|||||
Shadira Post Natal & Beauty House |
|||||
|
Rawatan Bersalin dan Penjagaan dalam Pantang ASSALAMUALAIKUM Apakah itu Pantang Bersalin? Pantang Bersalin bermaksud mendisiplinkan diri dan mengikuti rutin serta mengekalkan Amalan Tradisional menjalani Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ketika Pantang selama tempoh 44 hari. Kenapa ibu bersalin perlu berpantang? Ibu bersalin yang baru melahirkan bayi memerlukan Rawatan Pemulihan dan Penjagaan yang sempurna dari segi Jasmani, Rohani dan Mental serta Pemakanan yang seimbang ketika berpantang. Inilah waktu yang sesuai untuk merehatkan badan dan minda yang penat. Di saat ini ibu bersalin memerlukan seseorang untuk memberi sokongan moral dan menjaga perasaan di samping merawat. Ini terserah pada ibu bersalin untuk membuat pilihan. What is Confinement? Confinement means to discipline and to perform the routine as well as having traditional treatment & care for the period of 44 days for the Muslim mothers. Why New Mother Confines? Mothers who just delivered needs special care to rehabilitate their body physically & Mentally. Kami di Shadira Post Natal & Beauty House menyediakan perkhidmatan Rawatan Bersalin dan Penjagaan Ibu dan Bayi ketika pantang yang akan dilakukan oleh Penjaga Pantang yang terlatih, berkepakaran dan berkemahiran mengurut turun temurun. Penjaga Pantang kami bukan sahaja menjaga ibu bersalin & bayi , turut juga menjalankan rawatan seperti Urut Bersalin, Tungku, membantu mengikatkan Kain Bengkung, memakaikan tapel, param dan pilis, menyediakan Mandian Herba bu Bersalin, Berlulur serta menyediakan Masakan Pantang dan Minuman Herba bagi ibu bersalin tidak jauh bezanya dari Bidan kampung tradisional dahulu. Rawatan lain yang akan dijalankan bergantung pada tahap kesihatan dan pemulihan ibu bersalin iaitu Tangas Basah atau Tangas Kering, Urutan Bengkak Susu, Tuam dll. Penjaga Pantang juga akan memandikan dan Urut Bayi. Bayi akan di tuam bagi mengelak dari kembung perut, mendapat kolik, angin pasang dan juga untuk meredakan bengkak akibat suntikan. Bayi yang mendapat sakit kuning akan dimandikan dengan herba dan di jemur di mentari pagi. Penjaga Pantang sentiasa memberi perhatian terhadap keluhan ibu bersalin yang mempunyai masalah perubahan pada badannya. Lazimnya, ibu bersalin berasa sedih kerana perut masih besar setelah melahirkan, kulit perut yang kendur dan menggelebeh, mengalami bengkak susu atau tiada air susu, infeksi keputihan dan kegatalan, buasir, sembap kaki, urat timbul, lelehan pada faraj, kemasukkan angin dan bermacam
macam masalah lain. Tidak lari juga ada ibu bersalin yang mendapat bentan urat pada waktu tengah malam, ada juga yang mengalami meroyan, sering menangis atau menjerit dan tidak mampu menjaga bayinya. Tanggungjawab atau tugas seorang Penjaga Pantang Ibu Bersalin bukan sekadar mengurut malah merawat masalah lain seperti yang di sebut di atas dan juga melayan perasaan emosi ibu bersalin. Boleh dikatakan Penjaga Pantang memainkan peranan seorang ibu. Sekiranya penjagaan ketika pantang diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku dengan serta merta tetapi pada hakikatnya ia akan berlaku pada kelahiran yang seterusnya atau pada usia yang mula meningkat. Waktu itu mulalah badan terasa lenguh, sakit urat, sendi, pinggang dan kebas kaki tangan. Justeru, dengan bantuan Penjaga Pantang, dapat mengurangkan beban Ibu Bersalin. Malah, Ibu Bersalin akan dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman berpantang yang akan memudahkannya di masa akan datang. Shadira Post Natal & Beauty House provides The Malay Traditional Confinement Treatment and Care Services for New Mothers & Newborn done by our well trained Confinement Care Ladies who are expert since generation. Confinement Care Lady not only assisting new mother but as well does treatment to new mother & newborn such as Post Natal Massage, Warm Stone Therapy, Tummy Wrapping, Body Scrubbing and Boiling Herbal Bath for New Mother as well as cooking Confinement Meal and Herbal Drink. The other treatments performed depending on the mothers health & recovery condition such as Wet & Dry Tangas, Breast Engorgement Treatment, Warm Compress and etc. Confinement Care Lady shall Bathe & Massage the newborn and perform warm compressing in order to prevent from colic, upset stomach, hernia and soothing for injection swelling. Baby with jaundice will be bathe with herbs and exposed to morning sun. The Confinement Care Lady comforts the New Mother should if the mother is upset looking at her changed body having sagging skin or still having bloated stomach after delivery, painful engorged breast or unable to express milk, having vaginal infection or vaginal discharge, hemorrhoids, swelling leg, varicose vein and many other. Some mothers even experiences Baby Blues. The duty of Confinement Care Lady does not complete just by performing traditional treatments but also easing the new mothers who are emotionally down. It will be well said the Confinement Lady acts like a Mother comforting the New Mother. |
|||||||||||
|
AMALAN TUAM BAYI Salah satu amalan berpantang adalah bertuam. Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu mengeringkan tali pusat bayi. Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan haruslah suam suam kuku. Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam. Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah disimpan selama llamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak anak agar adik beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan diminumkan airnya sekiranya anak anak demam. Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang badan dan bahagian kemaluan bayi. Compressing baby’s tummy, hips, testis, palm and feet is an olden tradition. It is believed to prevent colic and to help drying the baby’s cord. Heat the compress ball by steaming or on hot iron for a few seconds and compress. Please check the heat on your palm before applying to the baby. |
|
||||||||||
|
SHADIRA POST NATAL & BEAUTY HOUSE
No. 4A Jalan Scott
Brickfields 50470 KUALA LUMPUR
Email Us At : Shadira_pnb@yahoo.com.my
Contact Numbers : 012 2141780, 012 2878212
|
|||||||||||